FAQ

FAQ Menarik.

Bilakah waktu daftar-masuk dan daftar keluar?
Waktu daftar-masuk adalah 3:00pm dan waktu daftar-keluar adalah 10:00am.
Bolehkah saya simpan bagasi jika saya tiba awal di ryokan anda?
Ya kami boleh simpan bagasi untuk anda sebelum anda mendaftar masuk dan selepas anda mendaftar keluar dari ryokan.
Adakah kolam mandi awam itu air panas semulajadi dan bilakah waktu operasinya?
Namun bukan air panas semulajadi, tetapi kolam mandi awam kami besar dan sangat selesa. Ia dibuka sebelah pagi dari jam 6:00am – 8:00am dan dari jam 4:00pm hingga tengah malam. Jika anda kurang faham kepada protocol kolam mandi awam, sila ajukan soalan kepada staf kami yang sudi membantu atau lihat penerangan dalam Bahasa Inggeris di kolam mandi.
Adakah anda menerima kad kredit?
Ya, namun pembayaran kad kredit tidak diterima untuk bil telefon, khidmat urut dan kos penghantaran ke rumah.
Adakah talian internet telah disediakan?
Akses ke laman web boleh dilakukan di kawasan lobi.
Akses internet wayarles juga boleh dilakukan di kawasan lobi.
PC disediakan di meja depan.
Akses ke laman web tidak boleh dilakukan dalam bilik tamu. Pukul berapakah pintu ditutup?
Pintu ditutup pada jam 24:00 tengah malam.
Selepas tengah malam, anda perlu menelefon ke ryokan kami untuk pulang ke ryokan.
Adakah anda mempunyai bilik tidak merokok?
Kami tidak mempunyai bilik tidak merokok.
Walaupun begitu, Kami pastikan semua bilik tamu kami tiada bau rokok dan udara di dalam bilik adalah bersih dan nyaman.

Halaman Atas